Friday, 4 July 2014

No more birthday wish :(



assalamualaikum.   Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat keluarga Puspa kerana ibunya telah meninggal dunia semalam kerana menghidapi leukimia. Sayu hati ini bila dapat berita macam ni. Arwah sangat baik orangnya.

Aku ingat lagi, setiap kali dia datang, mesti dia bawak makanan yang banyak untuk kami semua . Tahu2 je yang kami ni kebulur. Bukan tu saja, yang aku tak boleh lupa, dia siap suapkan aku konon2 waktu tu bergurau "acah-acah sweet" . tapi tak sangka die pergi pada umur yang sangat muda dan ketika kami masih mengharapkannya. Kalau aku pun dah rasa sedih. Agaknya , macam mana lah keadaan puspa , puspi and mirul ? Rasa macam nak pergi jenguk mereka sekeluarga sekarang jugak tapi aku tak boleh dan tak mampu.

Lepas ni dah takde birthday's wish daripada arwah. Dah takde suapan daripada arwah. Dah takde gurau2 dengan arwah and dah takde dah air tangan daripada arwah.

To puspa, puspi : Aku faham apa yang korang rasa. Semoga kamu semua tabah menghadapi ujian daripada-Nya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan nangis2 . Jangan sedih2. Aku tak nak lah tengok puspa yang ceria dah jadi pendiam. Aku tak nak lah tengok puspa yang selalunya gila-gila dah jadi seorang yg selalu nangis. common girls, perjuangan masih belum berakhir. Marilah kita sama-sama doakan beliau agar ditempatkan di kalangan orang yg beriman . You must strong . Dont forget,. SPM is just around the corner. Try to strive all A in SPM for the sake of your mom . Your mom is still alive in your heart, your mind, and your memory. Keep strong , girls :') Aku mintak maaf sbb tak dapat dtg lawat kau sekeluarga. Aku harap coretan ni dapat menenangkan hati kau.


No comments:

Post a Comment